MAYAM
Trade-In Emas · Mayam POS

Emas lama masuk, barang baru keluar.
Satu jualan, satu resit.

Pelanggan tukar emas lama dengan barang baru di skrin jualan yang sama. Mayam kira ikut harga trade-in hari ini, tolak dari bayaran, dan cetak invois, baucar trade-in dan tag sekali gus.

  • Harga trade-in
  • Jualan yang sama
  • Baki tunai diurus
  • Potongan ikut harga potong
  • e-Invois self-billed
Di Kaunter

Trade-in berlaku dalam jualan itu sendiri.

  1. 1

    Scan barang baru

    Jualan dibina seperti biasa: berat, purity, harga hari ini dan upah ikut tier pelanggan.

  2. 2

    Timbang emas lama

    Buka kad Trade-in, tambah setiap barang ikut purity dan berat. Dikira ikut harga trade-in hari ini.

  3. 3

    Bayar baki

    Nilai trade-in ditolak dari jumlah. Pelanggan bayar baki sahaja, tunai, kad, QR atau pindahan.

  4. 4

    Semua dicetak

    Invois A5, baucar trade-in dan tag untuk setiap barang yang diterima, satu demi satu.

Skrin Jualan

Tiada skrin kedua, tiada kira guna kalkulator.

Trade-in ada di skrin jualan itu sendiri, jadi kaunter tak perlu tukar skrin dan pelanggan nampak satu jumlah yang jelas untuk dibayar.

  • Harga trade-in ikut purity, dikunci setiap pagi bersama harga lain
  • Lebih baik dari harga buyback biasa, kerana jualan ada margin sendiri
  • Laporan, Bukku dan e-invois masih baca jualan penuh
  • Setiap barang yang diterima masuk ke stok, bertag dan boleh dikesan
Situasi Kedai Emas

Trade-in yang selalu mengelirukan kalkulator.

Emas lama bernilai lebih dari barang baru
Jualan dilunaskan dan baki dipulangkan kepada pelanggan secara tunai, ditolak caj kedai anda (5% secara default, atau tiada). Bayaran dibundarkan ke ringgit penuh.
Gelang terlalu panjang
Potong ikut saiz di kaunter. Jika pelanggan jual balik potongan itu, ia dikira ikut harga potong dan ditolak dari jualan yang sama.
Pelanggan hanya mahu menjual
Itu buyback, bukan trade-in. Ia guna harga buyback dan dibayar dari skrin buyback sendiri.
Purity bercampur dalam satu trade-in
Barang 916 dan 999 di baris berasingan, setiap satu ikut harga trade-in masing-masing.
Soalan Lazim

Soalan tentang trade-in,
dijawab.

Soalan pemilik kedai emas tentang trade-in dalam Mayam.

Kedua-duanya dikunci setiap pagi ikut purity. Harga trade-in hanya digunakan bila emas diserahkan untuk membeli barang, dan biasanya lebih tinggi kerana jualan itu ada margin sendiri. Penjual walk-in dapat harga buyback.

Boleh. Jualan dilunaskan sepenuhnya dan pelanggan terima baki secara tunai. Kedai boleh ambil caj atas baki tunai itu, 5% secara default, yang boleh ditukar atau ditutup.

E-invois jualan membawa jumlah jualan penuh, dan trade-in ada e-invois self-billed sendiri, seperti yang LHDN perlukan untuk emas dibeli daripada orang awam. Mayam hantar kedua-duanya.

Ya. Baucar trade-in dicetak bersama invois, menyenaraikan setiap barang, purity, berat dan harga.

Setiap barang jadi item stok dalam dulang buyback. Dari situ anda jual semula sebagai emas lama atau hantar ke pool scrap, sama seperti buyback biasa.

Sedia untuk Masa Depan?

Lihat bagaimana Mayam sesuai
untuk perniagaan barang kemas anda.

Tempah demo diperibadikan dan kami akan terangkan setup semasa, keperluan perniagaan dan bagaimana Mayam boleh berfungsi untuk operasi anda.

Tiada komitmenWalkthrough diperibadikanDibina mengikut perniagaan anda

MAYAMPlatform Operasi Barang Kemas