MAYAM
Pelbagai Cawangan · Mayam POS

Setiap cawangan, satu sistem.
Semua kedai dalam satu paparan.

Mayam urus kaunter, stok dan tunai setiap cawangan secara berasingan, dan beri pemilik paparan semua cawangan sekali gus. Pindah stok antara cawangan, tetapkan harga ikut cawangan atau untuk semua, dan banding cawangan dalam laporan yang sama.

  • Semua cawangan satu paparan
  • Pindahan stok
  • Harga ikut cawangan
  • Staff nampak cawangan sendiri
  • Mana-mana peranti
Dibina untuk Rangkaian Kedai

Masalah biasa bila buka cawangan kedua, diselesaikan.

  1. 1

    Satu paparan pemilik

    Jualan, stok, buyback dan tunai untuk setiap cawangan, atau pilih satu cawangan dalam mana-mana laporan.

  2. 2

    Staff ikut cawangan sendiri

    Juruwang nampak buku cawangan sendiri. Pemilik nampak semua. Pengecualian ditetapkan ikut individu.

  3. 3

    Stok berpindah dengan rekod

    Pindahan dimohon, dalam perjalanan dan diterima di cawangan lain, satu demi satu barang.

  4. 4

    Setiap cawangan kira sendiri

    Kiraan stok ikut dulang bagi setiap cawangan, dengan helaian bercetak dan senarai barang hilang.

Dashboard Pemilik

Tahu prestasi setiap cawangan hari ini, tanpa telefon satu-satu.

Laporan dibuka untuk semua cawangan dan boleh dikecilkan ke satu cawangan dengan satu klik. Angka datang terus dari kaunter, bukan dari mesej hujung hari.

  • Harga dikunci sekali untuk semua cawangan, atau ikut cawangan
  • Nombor invois dan buyback ikut siri cawangan
  • Laci tunai dan syif setiap cawangan diasingkan
  • Setiap cawangan hantar e-invois disatukan bulanan sendiri
Situasi Kedai Emas

Mengurus beberapa cawangan, setiap hari.

Pelanggan mahu design yang ada di cawangan lain
Cari dalam stok cawangan itu, mohon pindahan, dan barang sampai dengan rekod. Tiada yang hilang antara kedai.
Satu cawangan berbeza harga
Kunci harga ikut cawangan jika berbeza, atau sekali untuk semua jika sama.
Buka cawangan baru
Tambah cawangan, dulang dan staff. Ia mula dengan siri nombor sendiri dan laci tunai sendiri.
Tutup cawangan
Sejarahnya kekal dalam Mayam. Invois dan buyback lama masih boleh dicari selepas kedai ditutup.
Pemilik tiada di mana-mana kedai
Mayam berjalan di browser, jadi pemilik boleh semak setiap cawangan dari telefon atau laptop. Tiada lesen ikut peranti.
Soalan Lazim

Soalan tentang banyak cawangan,
dijawab.

Soalan daripada pemilik yang ada lebih dari satu kedai emas.

Tidak, melainkan anda benarkan. Setiap peranan sama ada nampak semua cawangan atau hanya cawangan pada rekod individu itu. Pemilik dan pengurus nampak semua secara default, juruwang hanya cawangan sendiri, dan pengecualian boleh dibuat ikut individu.

Boleh. Pilih satu kunci harga untuk semua cawangan, atau kunci harga ikut cawangan jika berbeza.

Satu cawangan mohon barang, barang ditanda dalam perjalanan, dan cawangan penerima sahkan setiap satu. Setiap pergerakan kekal dalam sejarah barang itu.

Itu perkara biasa, dan Mayam boleh uruskan. Cawangan yang merupakan syarikat sendiri hantar e-invois di bawah TIN dan login LHDN sendiri, ditetapkan pada cawangan itu, dan pemilik masih nampak semua cawangan bersama.

Boleh. Kami pindahkan rekod setiap cawangan, termasuk cawangan yang sudah ditutup, jadi sejarah semua kedai ada di satu tempat.

Sedia untuk Masa Depan?

Lihat bagaimana Mayam sesuai
untuk perniagaan barang kemas anda.

Tempah demo diperibadikan dan kami akan terangkan setup semasa, keperluan perniagaan dan bagaimana Mayam boleh berfungsi untuk operasi anda.

Tiada komitmenWalkthrough diperibadikanDibina mengikut perniagaan anda

MAYAMPlatform Operasi Barang Kemas