MAYAM
Keahlian · Mayam POS

Hargai pelanggan
yang sentiasa kembali.

Beri setiap tier ahli upah sendiri, kunci harga emas ahli jika kedai anda tawarkan, dan biar mata terkumpul pada setiap jualan untuk ditebus di kaunter. Daftar dan perbaharui ahli terus pada jualan.

  • Tier ahli
  • Upah ikut tier
  • Harga emas ahli
  • Mata dikumpul dan ditebus
  • Daftar atau perbaharui di kaunter
Di Kaunter

Keahlian yang berjalan semasa anda menjual.

  1. 1

    Cari pelanggan

    Ikut telefon, nama atau IC. Tier, nombor kad ahli dan mata dipaparkan pada jualan.

  2. 2

    Harga mereka digunakan

    Upah tier dan harga ahli (jika ada) mengira barang. Tiada siapa perlu kira sendiri.

  3. 3

    Mata terkumpul

    Jualan yang dibayar dapat mata ikut nilai barang, bagi tier yang layak.

  4. 4

    Tebus sebagai bayaran

    Mata boleh digunakan sebagai bayaran di kaunter, bersama tunai, kad, QR dan pindahan.

Skrin Jualan

Harga ahli, tanpa perlu tanya.

Pilih pelanggan dan Mayam tahu tier mereka. Upah, harga dan mata ikut dari situ.

  • Tier dari walk-in hingga tahap tertinggi, dinamakan ikut kedai
  • Upah ikut tier, ikut gram atau ikut barang
  • Rekod mata di sebalik setiap baki, dikumpul dan ditebus
  • Yuran ahli diasingkan dari angka jualan
Situasi Kedai Emas

Keahlian, setiap hari.

Pelanggan walk-in mahu jadi ahli hari ini
Tambah keahlian pada jualan yang sama dan pilih tier. Harga ahli terus digunakan.
Keahlian sudah tamat
Perbaharui pada jualan sebagai baris sendiri. Tarikh daftar dan tamat kekal pada rekod pelanggan.
Pelanggan tanya baki mata
Baki ada pada rekod mereka, dengan setiap mata yang dikumpul dan ditebus disenaraikan.
Upah berbeza ikut tier
Tetapkan upah setiap tier pada kategori, atau ikut barang untuk barang yang harganya tersendiri.
Senarai ahli ada dalam sistem lama
Kami pindahkan ahli bersama tier dan mata, jadi tiada siapa perlu daftar semula.
Soalan Lazim

Soalan tentang keahlian,
dijawab.

Soalan pemilik kedai emas tentang ahli dalam Mayam.

Mayam ada tahap walk-in dan tier ahli yang boleh dinamakan semula ikut kedai, contohnya Ahli Biasa, Silver, Gold dan Platinum, setiap satu dengan upah sendiri.

Mata dikumpul ikut nilai barang pada setiap jualan yang dibayar, bagi tier yang ditanda layak. Mata ditebus di kaunter sebagai bayaran, ikut kadar yang kedai tetapkan, dengan minimum jika perlu.

Boleh, jika harga ahli dihidupkan. Anda kunci harga ahli di sebelah harga biasa setiap pagi; jika dibiarkan kosong, ahli bayar harga biasa.

Ia dicaj pada jualan tetapi diasingkan dari angka jualan dan jualan staff, dan ditunjuk sebagai baris pendapatan sendiri dalam untung rugi.

Boleh. Kami import senarai ahli bersama tier dan mata semasa anda bertukar, dan setiap baki awal direkod supaya tepat dari hari pertama.

Sedia untuk Masa Depan?

Lihat bagaimana Mayam sesuai
untuk perniagaan barang kemas anda.

Tempah demo diperibadikan dan kami akan terangkan setup semasa, keperluan perniagaan dan bagaimana Mayam boleh berfungsi untuk operasi anda.

Tiada komitmenWalkthrough diperibadikanDibina mengikut perniagaan anda

MAYAMPlatform Operasi Barang Kemas