Dashboard di telefon memang bagus. Kaunter yang tak pernah perlahan lebih bagus.
i-Gold dibina untuk pemantauan owner — jualan live, harga scrap, baki stok dari telefon anda. Mayam POS bermula dari kaunter: harga emas dikunci, harga ikut berat dengan upah bertingkat, trade-in berpandu, e-invoice, offline mode — dan anda dapat dashboard live juga.
Mayam POS ialah platform point-of-sale dan pengurusan berasaskan cloud untuk kedai emas dan barang kemas di Malaysia. Ia jalankan kaunter — harga emas harian dikunci, harga ikut berat dengan upah bertingkat, trade-in berpandu, e-invoice LHDN, offline mode — dan beri owner dashboard live untuk jualan, stok dan untung setiap cawangan di mana-mana telefon.
Apa yang i-Gold buat dengan baik — dan di mana ia berhenti
Tawaran i-Gold sendiri ialah kemudahan owner: kemas kini harga beli scrap dari telefon, pantau transaksi live, semak jualan harian, mingguan dan bulanan serta baki stok dari mana-mana. Itu memang berguna. Tetapi kedai emas menang atau kalah di kaunter. Pada hari Sabtu yang sibuk, ini soalan yang penting:
- 01
Boleh staff kunci harga hari ini sekali dan tak perlu key in semula setiap jualan?
- 02
Sistem kira harga × berat + upah yang betul untuk ahli tier Gold tanpa staff kira dalam kepala?
- 03
Trade-in — sistem semak item dibeli di kedai ini, kaitkan dengan jualan baru, dan rekod jualan semula?
- 04
E-invoice keluar bersama jualan, atau ada orang hantar waktu malam?
- 05
Kaunter terus berfungsi bila internet putus?
Mayam jawab kelima-limanya. Kemudian ia beri anda dashboard telefon sekali.
Sebelah-menyebelah
Apa yang setiap sistem tawarkan, ciri demi ciri. Di mana kedua-duanya boleh buat, kami nyatakan begitu.
| Ciri | Mayam POS | i-Gold System |
|---|---|---|
| Dashboard owner di telefon | Ya — jualan, stok, untung, ikut cawangan | Ya — harian/mingguan/bulanan, transaksi live |
| Kemas kini harga dari telefon | Ya — harga harian, buyback dan emas potong | Ya — harga beli scrap |
| Kunci harga emas harian di kaunter | Ya — dikunci masa staff clock-in, dipakai pada setiap jualan | Tidak diterbitkan |
| Harga ikut berat dengan upah bertingkat | Sedia ada | Tidak diterbitkan |
| Aliran trade-in / buyback | Berpandu: semakan asal item, dikaitkan dengan jualan baru, jualan semula direkod | Rekod trade-in disimpan berasingan dari rekod peti besi |
| Offline mode di kaunter | Ya | Tidak diterbitkan |
| E-invoice (LHDN MyInvois) | Sedia ada | Tidak diterbitkan |
| Perakaunan | Integrasi Bukku; export SQL Account | Tidak diterbitkan |
| Open API | Ya | Tidak diterbitkan |
| Stok pelbagai cawangan & pindahan | Termasuk, tiada caj per cawangan | Tidak diterbitkan |
| Hardware | Barcode scanner biasa + printer A4; RFID pilihan | Tidak diterbitkan |
| Migrasi data masuk | Ya — kami import data sedia ada anda | — |
| Harga | Dikonfigurasi ikut keperluan anda. Tempah demo untuk sebut harga. | Tidak diterbitkan |
Butiran i-Gold diambil hanya dari igoldsys.com. Apa yang tidak diterbitkan di sana ditanda “Tidak diterbitkan”, bukan diteka.
Apa yang anda dapat selain dashboard
Reka bentuk bermula dari kaunter
Kunci harga, berat, tier upah, bayaran, invois — satu aliran, tiada menu tepi. Dibina bersama staff kaunter sebenar, diukur dalam bilangan klik.
Trade-in yang tak bocorkan margin
Mayam semak item asalnya dijual oleh kedai anda, wajibkan pembelian baru melebihi nilai trade-in, dan rekod sama ada item dijual semula sebagai emas lama atau dihantar sebagai emas potong — supaya buku buyback dan emas fizikal anda sentiasa tally.
Semua yang i-Gold tunjukkan, tambah operasi di belakangnya
Jualan dan stok live di telefon, ya — tetapi disokong POS penuh, tier ahli, stok pelbagai cawangan, e-invoice dan sync perakaunan, dengan API yang website dan WhatsApp CRM anda boleh guna.
Lihat juga:Mayam E-CommerceMayam CRM
Migrasi termasuk
Export ahli, stok dan jualan dari sistem semasa anda; kami petakan dan import ke dalam akaun ujian dan beri anda laporan reconciliation sebelum go-live.
Cara bertukar
- 1
Demo dan semakan kesesuaian (20 minit)
- 2
Import data anda ke dalam akaun ujian
- 3
Staff cuba dengan data sebenar selama seminggu
- 4
Go-live pada hari biasa yang tenang dengan team kami standby
Soalan yang pengguna i-Gold tanya
Jawapan ringkas untuk soalan yang paling kerap kami dengar.
Tidak. Dashboard Mayam mesra mobile dan tunjukkan jualan, stok dan untung setiap cawangan secara real-time.
Tidak. Barcode scanner biasa dan printer A4 sudah cukup. RFID boleh ditambah kemudian.
Offline mode kekalkan kaunter berjalan; semua sync bila sambungan pulih.
Ya, penghantaran e-invoice LHDN adalah sebahagian dari aliran jualan.
Tiada. Setup merangkumi semua cawangan.
Lihat dashboard owner dan aliran kaunter dalam satu demo.
Kami tunjukkan kedua-duanya dengan produk sebenar anda.
Tiada komitmenWalkthrough diperibadikanDibina mengikut perniagaan anda